SUNGAI PETANI: Produk ikan bilis mata biru keluaran Tanjung Dawai di Merbok, dekat sini semakin mendapat permintaan ramai berikutan rasa dan teksturnya yang hampir sama dengan ikan bilis jenis sama dari Pulau Pangkor, Perak. Selain ikan bilis, arked niaga Tanjung Dawai menjual pelbagai produk hasil laut seperti belacan, ikan pekasam, keropok kering dan pelbagai jenis ikan kering. Rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu, ikan bilis mata biru keluaran Tanjung Dawai menjadi…