Hutang Felda: Cuma umum tapi tak laksana - Ahmad Shabery - Utusan Malaysia

Hutang Felda: Cuma umum tapi tak laksana – Ahmad Shabery

Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan janji untuk melupuskan hutang peneroka seperti yang diumumnya pada 2021.

Mengakui Muhyiddin mengumumkan pelupusan hutang peneroka pada 2021 namun Ahmad Shabery berkata, Felda berhutang melalui sukuk untuk mengambil alih FGV, membayar hutang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank.

Soalnya, bagaimana entiti tersebut mahu membayar hutang dengan jumlah keseluruhannya melebihi RM9 bilion?

“Dulu Tan Sri (Muhyiddin) semasa jadi Perdana Menteri kata kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya sudah mula bayar (pada) 2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh-jatuh.

“Ia hanya janji tapi tak laksana. Sebab tak ada hitam putih dengan Felda untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Kerajaan Perpaduan baru-baru ini putuskan penyelesaian. Buat perjanjian dengan Felda untuk selesaikan sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan hutang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook miliknya bagi menjawab dakwaan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa tuduhan Anwar terhadapnya dalam isu pelupusan hutang Felda adalah satu pembohongan besar.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh kesal dengan dakwaan itu menegaskan, pelupusan hutang sudah dilaksanakan ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen pada 2021.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyangkal dakwaan Muhyiddin itu, dengan menyifatkan beliau baru sahaja menandatangani kelulusan pelupusan hutang itu pada akhir bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya