KUCHING: Hasrat dua lelaki mencari kepah di pantai Esplanade Buntal, di sini bertukar tragedi apabila lemas dihanyut arus air, di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12:47 tengah malam tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian, maklumat diterima terdapat tiga lelaki mencari kepah di pantai berkenaan dengan dua daripadanya hilang dihanyutkan arus deras, manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.
“Operasi pencarian yang turut disertai penduduk kampung dilancarkan dalam radius 100 meter di sekitar lokasi terakhir kedua-dua mangsa dilihat,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, sekitar jam 3:42 pagi tadi, kedua-dua mangsa telah dijumpai penduduk kampung pada jarak 400-meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Ketika ditemui, kedua-dua mangsa dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dijumpai penduduk kampung pada jarak 400 meter dari lokasi hilang pada pukul 3.30 pagi tadi.
“Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Mangsa pertama, Mohamad Amin Umar yang berusia 39 tahun dijumpai penduduk kampung pada jarak 400-meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 3.30 pagi tadi, manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, dijumpai anggota pasukan penyelamat bersama penduduk kampung pada pukul 3.42 pagi.
Seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, dibantu dua Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Swart serta tiga Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Buntal, dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu kejadian berkenaan. –UTUSAN