Hasil plastik daripada minyak masak terpakai - Utusan Malaysia

Hasil plastik daripada minyak masak terpakai

Plastik
AHMAD Sabirin Arshad (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya mengenai operasi sebuah mesin pada majlis itu di pejabat Sirim Calibration, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Minyak masak terpakai dikenalpasti mampu digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan plastik boleh biodegradasi.

Malah, Sirim Berhad (Sirim) kini mengadakan kerjasama dengan syarikat dari Jepun, Fujmori Kogyo Co. Ltd. (Fujimori Kogyo) dan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengembangkan penghasilan produk tersebut dan dipasarkan di negara ini dan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sirim, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, pihaknya mengambil inisiatif tersebut selepas ia berpotensi mengurangkan pembuangan sisa minyak tersebut yang dianggarkan sekitar 500,000 tan metrik setiap tahun.

“Penghasilan produk berasaskan plastik boleh biodegradasi daripada sisa minyak adalah yang pertama di Malaysia dan mungkin yang pertama di Asia Tenggara.

“Jadi kita lihat ia boleh mewujudkan satu kekayaan baharu dalam negara ini kerana seperti di Jepun memang menggunakan produk jenis itu,” katanya pada Majlis Pelancaran Projek Rintis SIRIM Bioplastik di pejabat SIRIM Calibration, hari ini.

Jelasnya, Sirim merancang untuk menggunakan kemudahan kelengkapannya di Sepang sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan produk tersebut, yang dijangka memulakan operasi pada hujung tahun ini.

“Selain memasarkan produk di Jepun, Fujimori Kogyo juga melaburkan kira-kira RM20 juta untuk projek ini kerana syarikat itu lihat projek tersebut boleh menghasilkan pendapatan..

“Justeru, kami jangka produk ini dijangka berada di pasaran tempatan seawal hujung tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya, Sirim akan memohon status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengiktiraf bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut semuanya mesra kepada pengguna beragama Islam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya