Hari penamaan calon: Hujan, ribut petir diramal di beberapa kawasan - Utusan Malaysia

Hari penamaan calon: Hujan, ribut petir diramal di beberapa kawasan

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, sempena hari penamaan calon.

Enam negeri itu adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Menurut ramalan cuaca sempena hari penamaan calon itu, empat tempat di Kedah dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi melibatkan kawasan Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Langkawi manakala sebelah petang pula, ribut petir diramal di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Hujan juga dijangka melanda Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang pada sebelah pagi serta di Seremban, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan manakala ribut petir diramal di Port Dickson dan Rembau.

Bagi sebelah petang pula, Rembau dijangka mengalami hujan, manakala ribut petir diramal di Jempol.

Di Selangor, tiga kawasan diramal berlaku ribut petir iaitu di Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala cuaca mendung dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat.

Selain itu, tiada hujan dan ribut petir diramal berlaku di Kelantan dan Terengganu pada sebelah pagi esok, tetapi ribut petir dijangka melanda semua kawasan di kedua-dua negeri itu pada sebelah petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya