ALOR SETAR: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Prof Dr. Haim Hilman Abdullah mahu menyumbang kepada bidang pendidikan negeri yang menjadi tunjang aspek kehidupan. Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memilih untuk bersara awal sebagai ahli akademik pada usia 50 tahun itu berkata, beliau juga berhasrat menyumbang bakti kepada agenda membela agama, bangsa dan negara melalui platform politik. “Berdasarkan latar belakang pendidikan dan pengalaman, saya…









