Feri ikonik Pulau Pinang mungkin tidak akan kembali beroperasi?

Feri ikonik Pulau Pinang mungkin tidak akan kembali beroperasi?

feri
LIM Guan Eng (tengah) ketika merasmikan bas Rapid Penang Bagan Dalam LOOP di Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Impian penduduk tempatan untuk melihat feri ikonik Pulau Pinang kembali beroperasi mungkin tidak akan menjadi kenyataan susulan terminal feri di tanah besar didakwa telah dimusnahkan pihak pengurusan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, struktur kedua-dua terminal feri dibahagian pulau dan tanah besar didakwa telah dimusnahkan oleh pihak pengurusan feri terbabit selepas perkhidmatannya dihentikan sejak tiga tahun lalu.

“Asalnya kita ingat, lepas jadi kerajaan kita mahu kembalikan feri bersejarah ini untuk digunakan dengan kos baik pulih tidak sampai RM30 juta.

“Tapi masalahnya sekarang sekiranya kita baik pulih pun tak guna juga kerana pentadbiran dahulu selepas menamatkan khidmat ini, mereka hancurkan juga terminal, saya pun tak tahu apa niat mereka hancurkan terminal ini,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri ditemui pemberita selepas melancarkan perkhidmatan bas RapidPenang Bagan Dalam LOOP di hadapan pejabat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP berkata, beliau tidak pasti mengapa pihak pengurusan mengambil langkah sedemikian sekali gus berharap mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan.

“Bila terminal dah hancur, ke mana feri-feri ini nak berlabuh?

“Kenapa dia hancurkan terminai, ini saya tak tau, kena tanya ‘dulu’ punya orang,” katanya.

Pada Mac lalu, media melaporkan Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula operasi feri ikonik ke Pulau Pinang yang dihentikan operasinya sejak 31 Disember 2020.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu tidak boleh dilaksanakan dalam kadar segera kerana berdepan banyak cabaran antaranya isu pengubahsuaian terminal feri.

Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau dan sebaliknya itu telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya