PETALING JAYA: Pakar alam sekitar mengingatkan orang ramai terutama yang gemar bermandi-manda di sungai supaya bersedia dengan amalan tiga L sebagai tindakan menyelamatkan diri dengan segera jika ada tanda-tanda berlaku kepala air. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nor Shahidah Mohd. Nazer berkata, konsep tiga L yang pertama – lihat atas bermakna perhatikan langit dan jika mendung dan gelap,…










