Facebook digodam, Ella buat laporan polis - Utusan Malaysia

Facebook digodam, Ella buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu rock negara, Ella bakal mengambil tindakan undang-undang dan laporan polis berhubung perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun Facebooknya.

Ella menerusi syarikat pengurusannya memaklumkan, pihaknya menyerahkan sebarang tindakan lanjut kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi isu tersebut.

“Pada 27 Julai 2023, pukul 6 petang kami ambil maklum akaun Facebook rasmi Ella, @Ellaaminuddin telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Pihak pengurusan Ella dalam usaha melapor perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyerahkan semua maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” kata kenyataan itu.

Rata-rata pengguna media sosial pada awalnya terkejut apabila akaun Facebook milik penyanyi berusia 56 tahun itu memaparkan beberapa video tidak berkaitan dan dipercayai telah digodam.

Sejak semalam sehingga pagi tadi, penggodam tersebut telah memuat naik lapan video baharu yang dipercayai diambil daripada platform lain.

Tinjauan ke akaun Facebook milik Ella, perkongsian terakhir yang dimuat naik oleh penyanyi Retak berkaitan kerjayanya adalah pada 6 Julai 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN