Elak berdebat, dia letak syarat - Rafizi

Elak berdebat, dia letak syarat – Rafizi

RAFIZI RAMLI dan MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan bekas Menteri Kanan Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan syarat sebagai alasan untuk elak berdebat.

Malah, dalam satu hantaran di Twitter, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR turut menyifatkan, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PKR) itu bimbang rekod semasa menjawat jawatan itu ditanya.

“Kesian. Dia (Mohamed Azmin) bimbang rekod dia semasa Menteri Ekonomi ditanya. Jadi untuk elak berdebat, dia bagi syarat turun harga minyak dahulu.

“Harga RON95 kalau tidak kerana formula yang saya kempen dulu, sekarang RM3.10. Tak apalah kita tunggu panglima PN yang sebenar – MB Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor),” tulisnya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Mohamed Azmin bersetuju untuk berdebat dengan Rafizi, namun bersyarat Menteri Ekonomi itu perlu membuktikan terlebih dahulu berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

“Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji. Hari ini saya jadi Perdana Menteri, esok minyak turun….sudah turun belum? Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku,” katanya dalam sebuah majlis di Gombak, malam tadi.

Sebelum ini Rafizi dalam ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin PN itu berani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya