Dua lagi mangsa kepala air belum ditemukan

Dua lagi mangsa kepala air belum ditemukan

MAYAT Putri Alleya Maisarah Karim dibawa ke Pusat Kawalan Operasi untuk pengecaman oleh waris di Balai Polis Air Putih, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Tinggal dua lagi mangsa kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini, Sabtu lalu yang belum ditemukan selepas memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat, hari ini.

Dua mangsa yang belum ditemukan itu ialah Putri Nor Fatin Karim, 14 dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Setakat pukul 3 petang ini,  dua mayat ditemukan iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman,18, yang merupakan mangsa ketujuh ditemukan pukul 7.45 pagi dan Putri Alleya Maisarah, 16. ditemukan pada pukul 3 petang.

Jumlah keseluruhan mangsa yang telah ditemukan ialah lapan orang sejak Ahad lalu.

Seramai enam lagi mangsa yang ditemukan sebelum ini ialah Karim Abdullah, 39, yang berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Pahang serta isterinya, Azizah Eiyi, 40.

Turut ditemukan adalah empat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, operasi mencari dan menyelamat hari ketiga disertai 200 agensi penyelamat dan sukarelawan termasuk polis, bomba  dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung. 

Menurutnya, sebanyak 13 aset di air turut digerakkan dan sebanyak enam ekor anjing daripada unit pengesan bomba dan polis turut membantu operasi pencarian. 

Sementara itu, di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, keluarga mangsa masing-masing dilihat sabar menanti perkhabaran daripada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus di lokasi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN