KUALA LUMPUR: Mungkin ramai tidak tahu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki di sini ketika penubuhannya pada tahun 1959 bukanlah sebuah institusi yang dikenali disebabkan pencapaian cemerlang akademiknya. Sebaliknya sekolah itu lebih dikenali kerana ‘kenakalan’ pelajarnya. Bagaimanapun, transformasi pendidikan bersandarkan prinsip pelajaran panduan hidup yang diterapkan dalam kalangan pelajar-pelajarnya berjaya membuahkan hasil. Kini, ia menjadi rebutan dalam kalangan warga kota untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah berkenaan. Stigma tersebut bukanlah…