Dana RM10 juta untuk bantu orang miskin

Dana RM10 juta untuk bantu orang miskin

ANWAR Ibrahim pada Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa di Hotel Shang Ri-La, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengumuman dana RM10 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaaan (YBGK) bertujuan untuk membantu orang miskin yang tidak mampu membayar caj guaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau lihat ramai termasuk yang berdepan kes kecil tidak mampu mengambil peguam.

“Saya lihat ramai tidak mempertahankan dan membela nasib,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, sewaktu menyampaikan ucaptama, Anwar mengumumkan dana RM10 juta untuk dimanfaatkan kepada YBGK

Beliau berkata, kerajaan menghargai usaha yang dijalankan YBGK yang ditubuhkan sejak 12 tahun lalu, untuk memberi akses dalam prosiding jenayah.

“YBGK juga menjadi penyedia bantuan guaman terbesar negara dan kerajaan sendiri mengiktiraf peranannya.

“Sewaktu saya berada di ‘Sungai Buloh’, saya sendiri melihat ramai banduan yang diberikan peluang untuk dibicarakan,” katanya.

Anwar juga berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf hak asasi semua pihak untuk menuntut keadilan, termasuk peranan yang dimainkan oleh Majlis Peguam.

“Dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, ia tidak boleh dilihat daripada prisma teori perundangan semata-mata kerana prinsip sedemikian tidak boleh direalisasi sekiranya orang di jalanan tidak sumber ekonomi yang mampu untuk mendapatkan akses keadilan.

“Dalam hal ini, saya memuji usaha gigih Majlis Peguam dalam menyediakan bantuan guaman, melalui skim yang ditubuhkan sejak lebih 40 tahun lalu.

“Kerajaan mengiktiraf akses terhadap keadilan adalah hak asasi dan saya bersedia untuk memberi pertimbangan serius kepada Majlis Peguam dalam perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN