SERDANG: Kerajaan meneruskan dana pembiayaan sukuk Felda yang tertangguh sebelum ini dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion untuk tempoh 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, kelulusan tersebut sudah pun mendapat persetujuan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dengan dana diberikan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh 10 tahun kepada Felda.

Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menanggung subsidi diesel sebanyak RM36 juta bagi penjanaan tenaga dan bekalan air bersih.
“Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM21 juta bagi pembinaan pusat hemodialisis untuk kegunaan 2,000 pesakit di kawasan rancangan Felda.
“Sebanyak 283 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PBGF) akan disiapkan segera oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di sini, hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.
BERITA LANJUT MENYUSUL ….