Cetus kelainan, 12 penyair baca puisi di pusat beli-belah

Cetus kelainan, 12 penyair baca puisi di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi memastikan karya puisi tak lapuk di hujan, tak lekang di panas, seramai 12 penyair daripada pelbagai latar belakang bakal mempersembahkan bacaan puisi pada khalayak awam, esok.

Menariknya, bacaan karya sastera itu dilakukan di sebuah toko menjual koleksi buku dan lukisan milik budayawan, Raja Ahmad Aminullah yang terletak di pusat beli belah Strand Mall, Kota Damansara bermula pukul 3 hingga 5 petang.

Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, 81, berkata, walaupun Readings @ Santai Seniman itu bukanlah sebuah penganjuran pembacaan puisi yang besar, namun secara tidak langsung ia adalah usaha baik menarik minat ramai terhadap karya sastera.

“Setiap penyair diberikan masa sebanyak 10 minit untuk mempersembahkan bacaan mereka. Setiap penyair diminta memilih beberapa sajak kesukaan mereka sendiri.

“Selalunya puisi ini dibaca secara tradisional dan hanya fokus pada satu bangsa, tetapi di sini bacaannya akan dilebarkan kepada pelbagai bangsa dan audiens.

“Dibuat di sebuah pusat beli belah yang terbuka juga adalah kejayaan buat penganjur (Raja Ahmad), yang sudah beberapa kali mencetuskan idea ini dan berjaya. Walaupun ia bukan acara bacaan puisi yang besar untuk memperlihatkan perkembangan sastera itu sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad yang pernah berkhidmat selama 42 tahun di pelbagai universiti awam berkata, beliau akan mempersembahkan dua sajak Melayu dan sebuah sajak Inggeris yang bertujuan menarik minat pelancong asing serta audiens yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Selain beliau, antara penyair lain yang terlibat ialah Kamarul Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Anwar Ridhwan, Victor Pogadaev, Intan Azira, Syahira Zakaria dan penyanyi, Pot Amir Innuendo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya