Bukti hubungan kukuh Malaysia - Arab Saudi

Bukti hubungan kukuh Malaysia – Arab Saudi

ZAMBRY Abdul Kadir mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal Farhan ketika Mesyuarat-Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Ke-56, di Jakarta, Indonesia. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal Farhan ketika Mesyuarat-Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Ke-56, di Jakarta, Indonesia.

Antara perbincangan ialah mengenai hubungan kerjasama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) selaras dengan peranan kedua-dua negara selaku negara penyelaras bagi ASEAN dan GCC.

Zambry berkata, ini termasuk berbincang mengenai Sidang Kemuncak ASEAN -GCC yang akan diadakan pada Oktober depan di Riyadh yang dilihat memperkukuhkan lagi kerjasama strategik kedua-dua organisasi serantau ini.

Katanya, pada tahun ini, beberapa peringkat pertemuan di antara ASEAN dan GCC juga akan diadakan termasuk Mesyuarat Peringkat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-GCC di sela-sela Perhimpunan Agung PBB ke-78 (UNGA) pada September depan.

“Saya juga menyatakan penghargaan bagi pihak Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Arab Saudi atas keprihatinan Arab Saudi yang memberi kuota tambahan haji kepada Malaysia.

“Pada masa sama, penghargaan juga diberikan kepada Arab Saudi atas layanan terbaik diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong ketika mana Baginda dan Permaisuri Agong bersama Tuanku Pemangku Sultan Pahang mengerjakan ibadah haji baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pertemuan itu juga, Zambry turut menyampaikan penghargaan dan tanda terima kasih atas bantuan dan pertolongan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi ketika misi mengeluarkan rakyat Malaysia dari krisis yang berlaku di Sudan.

Beliau memberitahu, Putera Faisal berkesempatan berinteraksi secara langsung melalui talian telefon dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini sekali gus menunjukkan komitmen dan hubungan rapat antara Malaysia dan Arab Saudi serta menangkis segala tohmahan kepada hubungan kedua-dua negara ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya