Buat laporan palsu selepas bimbang emas digadai diketahui suami

Buat laporan palsu selepas bimbang emas digadai diketahui suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang tukang cuci sanggup membuat laporan palsu kononnya diperas ugut RM25,000 oleh individu menyamar polis selepas bimbang emas yang digadai untuk membayar ‘scammer’ diketahui suami.

Satu laporan polis dibuat wanita warga Indonesia berusia 53 tahun itu pada 22 Jun lalu menyatakan ketika berada di Bandar Baru Ampang, dia didatangi pasangan memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mereka mendakwa mangsa terbabit kes jenayah dan meminta wang tunai RM25,000 untuk dilepaskan.

“Susulan itu, pada pukul 6 petang Rabu lalu, polis menahan wanita terbabit di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana disyaki membuat laporan palsu.

“Satu salinan laporan polis asal dan tiga keping resit bank bertarikh 20 Jun lalu juga dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing adalah negatif dadah.

“Soal siasat mendapati dia membuat laporan palsu adalah kerana enggan berterus-terang dengan suami berkaitan emas yang digadaikan untuk pembayaran kepada pihak disyaki scammer.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384, Seksyen 170 dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan pemerasan dan menyamar penjawat awam serta memalsukan keterangan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN