PETALING JAYA: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) benih padi supaya menghasilkan 300 hingga 400 biji dalam satu tangkai adalah antara usaha yang perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan pendapatan pesawah dan keterjaminan makanan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Mohd. Fuad Yaacob berkata, Malaysia mempunyai tanah yang terhad yang mana banyak kawasan sawah kini dibangunkan kilang dan kawasan perumahan. “Kerajaan perlu memainkan peranan membuat kajian memperbanyak benih padi…










