BN Terengganu pertaruh 27 calon muka lama, baharu - Utusan Malaysia

BN Terengganu pertaruh 27 calon muka lama, baharu

AHMAD Said (depan, kanan) mempengerusikan mesyuarat bersama bakal calon BN dalam PRN di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gabungan 27 calon muka lama dan baharu yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tiga orang calon mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD), seorang  doktor perubatan dan seorang lagi bekas Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan (Perancangan Penaziran Kementerian Pendidikan Malaysia) 

Menurutnya, setiap calon yang dipilih mempunyai latar belakang yang hebat dari segi pengalaman kerjaya dan politik, kepakaran dan ramai juga calon muda yang ditampilkan memang sentiasa dekat dengan hati pengundi.

“Barisan calon terdiri daripada gabungan lama dan baru,menjadi seorang panglima (pemimpin) ini bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal tetapi mesti ada pengalaman, taktikal dan sebagainya.

“Kita harap, calon yang ditampilkan ini mampu memahami permasalahan dan keperluan rakyat terutama golongan muda yang baru pertama kali mengundi.

“Mereka perlu disedarkan bahawa tanggungjawab memilih sangat penting kerana kerajaan negeri yang dipilih nanti akan menentukan masa depan mereka seperti peluang pekerjaan, pemilikan rumah dan bantuan sosial yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto BN Terengganu di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keyakinan merampas semula pentadbiran negeri daripada Pas pula, Ahmad berkata dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, parti itu tewas kerana 20 peratus undi penyokong setia UMNO telah beralih kepada Pas.

“Jika kita dapat kembalikan 20 peratus undi ini kepada UMNO, insya-Allah kita boleh menang di Terengganu.

“Dengan pelbagai tawaran manifesto BN Terengganu yang realistik serta calon-calon muda yang dipertaruhkan, kita yakin sokongan anak muda akan berpihak kepada UMNO kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya