Bayi lelaki ditinggal atas buaian depan rumah  - Utusan Malaysia

Bayi lelaki ditinggal atas buaian depan rumah 

Bayi
KEADAAN bayi yang ditemui di hadapan rumah itu di Lorong Asrama Anak Yatim Batu 36, Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang pemandu menemukan bayi lelaki yang ditinggalkan di buaian besi hadapan rumahnya di Lorong Asrama Anak Yatim Batu 36 di sini, hari ini.

Bayi yang masih bernyawa dan dibaluti kain batik ditemukan lelaki berusia 29 tahun berkenaan, kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, ketika kejadian pengadu yang mahu keluar bekerja ternampak sebuah bungkusan kain di atas buaian tersebut.

“Lelaki itu kemudian membuka balutan kain batik berkenaan dan mendapati seorang bayi masih mempunyai tali pusat yang telah dipotong.

“Pengadu segera menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan pasukan perubatan tiba membuat pemeriksaan awal ke atas bayi tersebut. Tiada sebarang dokumen atau barangan lain yang ditinggalkan berhampiran lokasi penemuan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Agus Salim, bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi rawatan lanjut.

“Hospital mengesahkan bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan fizikal dialami. Selain itu, bayi berkenaan dalam keadaan bersih dan tiada kesan darah,” ujarnya.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bayi itu diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

KEADAAN bayi yang ditemui di hadapan rumah itu di Lorong Asrama Anak Yatim Batu 36, Sabak Bernam, Selangor, hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya