Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara - Utusan Malaysia

Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara

SESI libat urus berhubung kajian SSPA diadakan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan disalurkan dalam tempoh dua minggu dan dimanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Katanya, Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan Kerajaan.

“Maka, sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan.

“Ia termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN