PETALING JAYA: Bekas kapten bola sepak pasukan Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dikatakan bakal dinamakan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Ogos ini. Walaupun nama bekas pemain skuad kebangsaan itu belum diumumkan, gerak kerja sudah dilakukan oleh jentera Pas Bukit Selambau untuk memperkenalkan calonnya kepada masyarakat setempat. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Bukit Selambau merupakan kampung halaman pemain bola…