Awan Kelantan sokong calon wanita diberi ruang bertanding - Utusan Malaysia

Awan Kelantan sokong calon wanita diberi ruang bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan menyokong tuntutan agar calon wanita diberikan peluang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ketuanya, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, wanita harus diberikan ruang untuk terlibat dalam proses membuat keputusan tertinggi da­lam negara.

Menurutnya, statistik me­nunjukkan bilangan wanita yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan hanyalah dua daripada 45 wakil rakyat yang ada.

“Jumlah berkenaan amat jauh daripada sasaran 30 peratus yang disasarkan di peringkat antarabangsa.

“Menurut kajian 30 peratus adalah ‘threshold’ atau ambang di mana suara wanita menjadi signifikan dan bermakna dalam membawa perubahan bagi semua lapisan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Dr. Hafidzah berkata, pihaknya bersetuju bahawa jawatankuasa pemilihan semua parti politik perlu memastikan jumlah wanita yang dicalonkan mencermin ke­sungguhan dalam mengete­ngahkan kepentingan golo­ngan itu di Malaysia.

Katanya, semua parti politik perlu menzahirkan kesungguhan dalam menambah baik jumlah pemimpin wanita de­ngan menempatkan mereka di kawasan yang menjadi kekuatan kepada parti masing-ma­sing dan bukan di kawasan yang pasti calon itu akan kalah.

“Selain itu, semua parti politik perlu memberi keutamaan kepada wanita yang mempunyai rekod jasa dan bakti yang cemerlang kepada rakyat.

“Diharap cita-cita kita dalam menjadikan Kelantan sebuah negeri yang maju, ber­amanah dan makmur kepada semua rakyatnya dapat kita realisasikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN