Aspek keselamatan, kawalan sempadan perlu diberi perhatian : Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Aspek keselamatan, kawalan sempadan perlu diberi perhatian : Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Darus Salam Ban Na Padangbezar, Sadao, Thailand menerusi Program Kayuhan MAIPs. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Aspek keselamatan dan kawalan sempadan di Perlis perlu sentiasa diberi perhatian bagi menggelakkan isu penyeludupan atau sebarang insiden tidak diingini berlaku di negeri ini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, jika dilihat dari sudut positif, kedudukan Perlis sebagai pintu negara sepatutnya akan memberi ruang dan peluang buat negeri ini untuk terus meningkatkan tahap ekonominya.

Tuanku Syed Faizuddin bertitiah, baginda berharap dengan beberapa kelulusan terkini diberikan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini dapat membantu dalam mengurangkan risiko keselamatan atau aktiviti jenayah di kawasan-kawasan sempadan sekitar negeri ini.

“Dengan pertimbangan positif kerajaan Persekutuan kepada permohonan-permohonan daripada pelbagai jabatan dan agensi berhubung prasarana serta operasi keselamatan di kawasan sempadan Perlis-Thailand akan mampu membantu mengurangkan risiko keselamatan khususnya di Wang Kelian, Kuala Perlis dan Padang Besar,” titah baginda selepas berkenan mengikuti Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli, di sini, hari ini.

Menerusi program itu, baginda berkenan melakukan kayuhan dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Masjid Darus Salam Ban Na Padangbezar, Sadao, Thailand.

Sumbangan itu diterima oleh imamnya, Walad Tohir dengan disaksikan oleh Datuk Bandar Kawasan Luar Bandar Padang Besar Thailand, Korib Hamusa dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berharap projek rintis larangan jualan petrol RON95 dan diesel buat kenderaan asing yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) dapat membantu dalam mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan bakar itu ke negara jiran.

“Aktiviti ini juga diharap dapat diatasi dengan mendapat bantuan padu daripada masyarakat setempat di negeri ini yang membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya