GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berdepan pertembungan tiga penjuru penjuru ekoran seorang calon Bebas disahkan menghantar borang pencalonan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, kali ini.
Amiruddin ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, G. Suman.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Sungai Tua, Nor Azlina Abdul Aziz.
Dalam pada itu, kerusi DUN Gombak Setia juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang, Hilman Idham daripada PN dengan calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan calon Bebas, Salim Mohd Ali.
Seperti dijangka, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berpindah kawasan dari Bukit Antarabangsa ke Hulu Kelang disahkan berhadapan bekas ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli daripada PH. – UTUSAN