Aminuddin berdepan saingan empat penjuru di DUN Sikamat

Aminuddin berdepan saingan empat penjuru di DUN Sikamat

AMINUDDIN Harun (dua dari kiri) dicabar tiga calon lain Ahmad Raihan Muhamad Hilal (kiri), Bujang Abu (dua dari kanan) dan Mohammed Hafiz (kanan) di Pusat Penamaan Calon DUN Sikamat di Dewan Coral Heights, Sikamat, Seremban. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang merupakan calon penyandang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini.

Aminuddin yang memakai baju Melayu berwarna merah tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Coral Heights, Sikamat pada pukul 8.53 pagi diiringi penyokongnya.

Aminuddin yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan disaingi calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas, Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sikamat, Saidul Saadon pada pukul 10.30 pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Aminuddin menang kerusi DUN berkenaan dengan memperoleh majoriti 3,413 undi selepas mendapat 9,832 undi dalam saingan empat penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya