Alumni sekolah perlu berperanan bantu sumbang kepakaran

Alumni sekolah perlu berperanan bantu sumbang kepakaran

alumni
SHAFRUDDIN Ali Hussin (tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian bekas pelajar SMKA Durian Guling Marang sempena Sambutan Hari Jubli Perak sekolah itu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Alumni sekolah perlu memainkan peranan untuk membantu menyumbang kembali kepakaran mereka kepada murid dan pelajar di sekolah lama sekali gus melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih efektif. 

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Shafruddin Ali Hussin berkata, alumni adalah entiti kedua yang penting sebagai nadi sesebuah sekolah selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menurutnya, sumbangan yang diberi tidak hanya terhad kepada aspek kewangan semata-mata, malah pihak alumni boleh memberi sumbangan mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing.

“Ada yang aktif dan mempunyai pengalaman hebat dalam bidang sukan, perniagaan, dunia korporat dan bidang agama.

“Semua pengalaman itu adalah penting untuk alumni manfaatkan dalam membimbing murid dan pelajar di sekolah la bagi menghadapi persaingan yang sangat mencabar ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafruddin berkata, alumni boleh bekerjasama erat dengan pihak sekolah dan pengetua untuk berkongsi ilmu serta maklumat tentang kerjaya mereka agar dapat memberi impak positif kepada pelajar.

“Peranan aktif yang dimainkan alumni mempunyai pengaruh yang besar terhadap kecemerlangan pendidikan kerana ia berkait rapat dengan sokongan emosi dan fizikal secara terus dengan pelajar, ibu bapa dan guru, prasarana serta kualiti kemudahan terbaik di sekolah,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar alumni menaja bilik khas atau sudut tertentu mengikut kohort masing-masing yang bersesuaian dengan aktiviti semasa di sekolah.

Pada majlis sama, Shafruddin turut merasmikan bilik galeri di sekolah tersebut yang mempamerkan tentang sejarah penubuhan, pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang serta kisah kecemerlangan bekas pelajar yang boleh dijadikan inspirasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya