Aksi biadap The 1975, KKD panggil penganjur

Aksi biadab The 1975, KKD panggil penganjur

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital telah memanggil penganjur Good Vibes Festival 2023 bagi meminta penjelasan selepas kumpulan The 1975 membuat aksi yang disifatkan biadap dalam konsert berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan turut berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan laporan penuh berkaitan insiden itu.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.

Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi melampau di hadapan peminat.

Healy didakwa memegang botol arak ketika berada atas pentas selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Vokalis itu juga membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebelum bertindak mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya