23 tahun terpisah, Mawar Rashid jumpa adik kandung

23 tahun terpisah, Mawar Rashid jumpa adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 23 tahun terpisah, pelakon, Mawar Rashid akhirnya berjaya menemui adik kandungnya yang dikenali sebagai Aireen.

Mawar berkata, Aireen merupakan anak bapanya hasil perkahwinan bersama isteri ketiga.

Pelakon yang pernah bergelar model itu menjelaskan arwah bapanya mempunyai tiga isteri dan ibunya adalah isteri kedua.

“Saya tak pernah jumpa adik-beradik daripada isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa tapi lupa sebab masa itu sangat kecil, umur saya lima tahun.

“Ini kali pertama dapat berjumpa adik kandung saya selepas 23 tahun hilang. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram, semalam.

Mawar yang berasal dari Kelantan menyifatkan pertemuan tersebut terlalu bermakna dan membuatkan dirinya cukup bahagia.

“1001 perasaan yang tak dapat digambarkan dengan perkataan. Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat pada adik Mawar ini.

“Lebih-lebih lagi muka adik Mawar persis dan mirip seperti arwah Papa. Rindu sangat pada arwah.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Datuk Haji Wan Abdul Rashid,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN