23 laporan polis terhadap Guan Eng di Kedah

23 laporan polis terhadap Guan Eng di Kedah

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis Kedah merekodkan sebanyak 23 laporan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu berkaitan bangsa, agama dan raja (3R).

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan terhadap kes itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Kedah sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu sensitif 3R ini khususnya yang ditularkan di media sosial kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa ‘gelombang hijau’ yang merujuk kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Fisol berkata, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memainkan isu terbabit sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan ke atas isu sensitif ini.

“Apatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, polis memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi undang-undang agar proses PRN berjalan dan keamanan negeri Kedah dapat dikekalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN