10 rakyat Malaysia terkandas di India dijangka tiba malam ini

10 rakyat Malaysia terkandas di India dijangka tiba malam ini

TIMBALAN Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Amizal Fadzli Rajali bersama kumpulan ekspedisi sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. -  IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 10 rakyat Malaysia yang terkandas di Himachal Pradesh, India dilaporkan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada pukul 1.56 petang (waktu tempatan) ini melalui penerbangan Malaysia Airlines MH173.

Kesemua mereka yang terkandas di Manali, India sebelum ini ekoran kejadian hujan lebat dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 malam ini.

Kementerian Luar memaklumkan, urusan penerbangan kumpulan itu ke tanah air diselaraskan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dengan kerjasama Malaysia Airlines setibanya mereka di Manali.

“Hasil usaha sama dan tindakan pantas Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bersama pihak berkuasa India, kumpulan tersebut berjaya dievakuasi bermula pagi Khamis menerusi jalan darat dari Bandar Manali selama 23 jam.

“Mereka tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi pada pagi Jumaat, 14 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Susulan itu, Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam usaha membawa pulang kumpulan tersebut khususnya kerjasama dan keprihatinan pihak berkuasa India.

“Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk terus berdaftar dengan pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara yang dikunjungi.

“Ini bagi memastikan bantuan konsular yang sewajarnya akan dapat diberikan dengan segera kepada mereka yang memerlukan, terutama ketika situasi bencana seumpama ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN