Zero Late Delivery atasi isu kelewatan bekalan

Zero Late Delivery atasi isu kelewatan bekalan

MOHAMAD Sabu (tiga dari kiri) dan Mahfuz Omar (dua dari kiri) bersama-sama pengurusan tinggi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memegang jaket sebagai gimik pelancaran kempen Zero Late Delivery di Alor Setar, semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyokong usaha Pertubuhan Peladang Kawasan (NAFAS) yang memperkenal kempen Zero Late Delivery sebagai langkah proaktif dalam menangani isu kelewatan pembekalan.

Menterinya, Datuk Seri Moha­mad Sabu berkata, kempen itu dilihat menjurus kepada menyahut hasrat kerajaan dalam memastikan warga peladang didahulukan selaras dasar agro makanan negara dalam meningkatkan hasil pendapatan petani.

“Sudah tiba masanya NAFAS menerajui transformasi pergerakan pertubuhan peladang bagi memantapkan setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat terutamanya kepada peladang yang betul-betul berkesan dan memuaskan hati mereka.

“Oleh itu, Zero Late Delivery berupaya membantu dalam meningkatkan peratus kos sara diri (SSL) yang saya percaya NAFAS dapat melaksanakannya kerana NAFAS mempunyai kekuatan daripada pelbagai sudut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Santai Peladang bersama Pemimpin Ahli Peladang Zon Utara 2023 di sini, semalam.

Kempen ke arah Zero Late Delivery yang menggariskan empat elemen utama akan diangkat sebagai garis panduan NAFAS dalam memastikan pengedaran tanpa kelewatan.

Antaranya memastikan stok bahan mentah tersedia bagi membolehkan kilang membuat baja sebatian dan memastikan kilang beroperasi membuat baja bagi membolehkan stok baja tersedia untuk dihantar ke Pertubhan Peladang Kawasan (PPK).

Selain itu, NAFAS akan memas­tikan pengangkutan tersedia untuk menghantar baja serta berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan dokumentasi bagi memastikan aliran tunai ber­keupayaan menampung pembelian bahan mentah, pembuatan dan penghantaran baja.

Pada masa sama, NAFAS komited untuk terus bergerak aktif mencari formula dan alternatif baharu da­lam memas­tikan mereka terus cemerlang bukan sahaja sebagai badan perniagaan milik ahli-ahli peladang tetapi sebagai badan sosial yang sentiasa membela nasib ahlinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN