Yayasan Bank Rakyat meterai Laporan Khidmat Nasihat SPRM

Yayasan Bank Rakyat meterai Laporan Khidmat Nasihat SPRM

SYAIRUL RIZAL (kiri) dan Jamaludin Puteh bersama delegasi SPRM dan YBR selepas Majlis Menandatangani Laporan Khidmat Nasihat di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara keseluruhannya berpuas hati dengan sistem dan amalan serta tatacara yang dijalankan Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM, Jamaludin Puteh berkata, pihaknya turut mencadangkan beberapa penambahbaikan yang bertujuan memantapkan prosedur dan polisi pematuhan YBR untuk mengelakkan sebarang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Saya mengucapkan tahniah atas komitmen yang diberikan YBR sepanjang sesi khidmat nasihat dijalankan yang dilaksanakan sejak tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, YBR memeterai Laporan Khidmat Nasihat dengan SPRM bagi meningkatkan integriti dalam satu majlis yang berlangsung di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat.

Majlis itu dihadiri delegasi SPRM yang diketuai Jamaludin, manakala YBR diwakili Pengurus Besar, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Dalam pada itu, Syaiful Rizal berkata, YBR amat mengalu-alukan cadangan SPRM dalam memantapkan lagi prosedur dan polisi operasi yayasan itu bagi meningkatkan imej dan kualiti ke arah perkhidmatan terbaik.

“YBR juga akan memastikan fokus terhadap pematuhan polisi setiap masa dalam membuat keputusan supaya ianya telus dan tidak membuka ruang dan peluang kepada aktiviti rasuah,” katanya.

Berdasarkan kajian skor ketelusan tertinggi yang telah dijalankan oleh Wiki Impact, YBR disenaraikan di tangga ketiga tertinggi di antara 32 yayasan terbaik di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya