Yadim terima 12 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu

Yadim terima 12 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu

SERAMAI 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai ALPA baharu Yadim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini.

Barisan kepimpinan itu dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimberkuat kuasa 3 Mei lalu selama dua tahun.

Watikah pelantikan mereka disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naím Mokhtar di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, beliau berharap barisan baharu ALPA ini dapat membantu Yadim untuk terus melahirkan pendakwah yang bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat, tetapi juga menjadi contoh kepada mereka.

“Kesemua yang dilantik mewakili pelbagai lapisan masyarakat serta mempunyai kemahiran, disiplin serta pengalaman mendalam dalam bidang masing masing seperti pendidikan, khidmat masyarakat, dakwah, keagamaan, pempengaruh dan sebagainya.

“Yadim yakin gandingan ALPA baharuini dapat membawa Yadim melaksanakan teras tanggungjawab dakwahnya dalam bidang pendidikan, kebajikan dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

12 orang lantikan ALPA berkenaan ialah :
1. Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus (Yang Dipertua Yadim)
2. Prof. Dr. Adi Anuar Azmin (Timbalan Yang Dipertua)
3. Prof. Madya Datuk Dr. Izhar Ariff Mohd. Khashim
4. Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj
5. Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain
6. Dr. Johari Abdullah @ Yap Guan Kheng
7. Bashir Mohamed Al-Azhari
8. Sainuri Yahmin
9. Alwi Morshidi
10. Syamsul Maàrif Ismail
11. Fatimah Syarha Mohd. Nordin
12. Muhamad Faisal Abdul Aziz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya