Wajah mulus jadi tentera - Utusan Malaysia

Wajah mulus jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIKI wajah persis model membuatkan pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann ragu-ragu bakatnya akan dipertikai khalayak. 

Dini berkata, dia bimbang sekiranya watak sebagai anggota tentera yang dijayakan akan menjadi bualan netizen kerana kulit wajah mulusnya tidak menyerlahkan sisi gerun. 

Apatah lagi, katanya, duduk sebaris dengan pelakon handalan lain menerusi  lem Malbatt Misi Bakara yang menceritakan kisah benar mengenai tentera Malaysia. 

“Saya sendiri rasa begitu. Adakah orang ramai akan menghakimi saya? Kenapa ambil dia berlakon lebih-lebih lagi melibatkan sebuah  filem penting di Malaysia? Saya risau watak yang dijayakan tidak sempurna berbanding pelakon lain. 

“Namun, saya letakkan keyakinan yang tinggi sebab kalau Adrian Teh (pengarah) sudah percaya dengan kemampuan diri, kenapa saya perlu ragu-ragu? Peluang sudah ada jadi saya perlu cuba buat yang terbaik,” katanya. 

KEKOK PEGANG RIFLE 

Pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann, 29, berkata, Malbatt merupakan  filem aksi pertamanya sejak menceburi bidang lakonan pada 2018. 

Sudah tentu, katanya, terbit perasaan gementar dan gugup untuk bergandingan bersama pelakon hebat lain. 

“Bila jumpa Adrian dan saya tanya lebih lanjut mengenai  filem ini, jadi lebih gementar selepas mengetahui gambaran sebenar mengenai naskhah ini. 

“Saya  fikir juga kalau tak ambil peluang ini, pasti saya akan menyesal seumur hidup. Saya cuba atasi rasa takut dan gementar sebab pada masa sama rasa teruja,” katanya. 

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran selama hampir dua bulan di Turki, Dini berkata, babak memegang senjata api jenis Rifle merupakan cabaran besar buat dirinya. 

Walaupun sudah menjalani sesi latihan terlebih awal, katanya, perasaan gelisah tetap menyelubungi dirinya. 

“Sampai orang lain perasan saya gelisah dan bimbang semasa menaiki penerbangan ke Turki. 

“Sedangkan saya sudah menjalani persediaan awal termasuk sesi latihan, sepatutnya saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan nanti. 

“Mula-mula pegang Ri e memang kekok dan tak sangka senjata tersebut begitu berat,” kongsinya. 

Dini bersyukur kerana sepanjang sesi penggambaran  filem aksi ini, dia tidak pernah mengalami sebarang kecederaan. 

Jelasnya, pihak produksi sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan dan semua babak yang dijayakan berjalan lancar. 

“Setakat calar-balar itu biasa sebab ada babak perlu lompat, berlari dan kejar-mengejar. Saya tak anggap ia sebagai kecederaan sebab itu sudah menjadi sebahagian daripada kerja,” katanya. 

Memegang watak sebagai Sarjan Hamid, Dini berkata,  filem ini menyuburkan rasa cintanya terhadap negara serta memberi kesedaran untuk mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang sejarah. 

KISAH BENAR 

Malbatt Misi Bakara adalah  filem berdasarkan peristiwa Black Hawk Down yang menceritakan penglibatan pasukan tentera Malaysia ketika terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) yang dikepung semasa pertempuran di Bakara Market, Somalia.

Filem ini akan membawa penonton menyelami keberanian 19 anggota tentera menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di negara bergolak itu. 

Naskhah ini turut mencipta rekod sebagai  filem termahal pernah dihasilkan oleh pembikin tempatan yang menelan kos RM20 juta. 

Filem yang bakal ditayangkan Ogos depan turut membariskan pelakon hebat lain seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Fauzi Nawawi, Adlin Aman Ramli dan Tony Eusoff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN