Tindakan boleh diambil jika sebar berita palsu isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Tindakan boleh diambil jika sebar berita palsu isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang

FAHMI Fadzil pada Majlis Pra Pelancaran Komuniti MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang di Midtown Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada boleh diambil terhadap individu yang berterusan mengambil kesempatan menyebar maklumat palsu berhubung isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sempadan negeri Pulau Pinang jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru tidak ada syak wasangka atau waswas mengenai perkara tersebut.

“Saya ingin menegaskan kalau kita teliti dalam Perlembagaan memang jelas disebut (bahawa) negeri Pulau Pinang, maka tidak ada bagi saya syak wasangka atau tiada rasa waswas tentang perkara tersebut.

“Selagi mana ia termaktub dalam Perlembagaan, semua pihak wajib akur dengan kedudukan seperti itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang di Midtown Perda, Kubang Menerong, di sini hari ini.

Fahmi mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang berterusan menegaskan Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut apabila mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kenyataan Muhammad Sanusi berkenaan memandangkan terdapat beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Menteri Besar Kedah berkenaan.

“Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat dan saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan serta mengambil apa-apa tindakan yang dirasakan perlu,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program hari ini, Fahmi berkata, sebanyak 1,878 Komuniti MADANI telah dilancarkan di seluruh negara yang turut membabitkan penubuhan sebanyak 120 Komuniti MADANI di Pulau Pinang.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Penerangan Pulau Pinang akan menubuhkan sebanyak 120 Komuniti MADANI membabitkan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diharapkan dapat membantu memasarkan maklumat kenegaraan, dasar kerajaan dan memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya