Tiga lagi ditahan, samun kedai di Kota Kemuning - Utusan Malaysia

Tiga lagi ditahan, samun kedai di Kota Kemuning

MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lagi lelaki disyaki terlibat dalam kejadian samun sebuah kedai dekat sebuah kedai di Jalan Anggerik Eria, Kota Kemuning, di sini, pada 4 Jun lalu menjadikan jumlah suspek yang ditahan seramai lima orang.

Suspek ketiga, keempat dan kelima berusia 19 hingga 25 tahun itu ditahan dekat sebuah hotel di Kampar, Perak pada pukul 3.35 petang 15 Jun (Khamis) lalu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bagaimanapun dua suspek pertama yang ditahan pada 12 Jun lalu sudah pun dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas direman selama empat hari.

“Tangkapan pertama mempunyai dua rekod samun dan satu rekod kekerasan, tangkapan kedua mempunyai satu rekod kekerasan dan satu rekod dadah manakala tangkapan ketiga tiada rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, ketiga-tiga suspek direman sehingga 20 Jun (Selasa) ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan polis menahan dua selepas disyaki terlibat dalam kes samun kedai berkenaan dan mencederakan seorang warga Bangladesh dan selepas menerima aduan kira-kira dua jam lepas kejadian yang didakwa berlaku sekitar pukul 9.40 pagi.

Dua lelaki berusia 30-an itu ditahan secara berasingan dan semakan mendapati masing-masing mempunyai dua dan enam rekod jenayah.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut supaya menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya