Tiada laporan kecurian ternakan musim Aidiladha di Selangor - Utusan Malaysia

Tiada laporan kecurian ternakan musim Aidiladha di Selangor

Polis Selangor
HUSSEIN Omar Khan ditemui pada Kempen Memerangi Keganasan Rumah Tangga Polis Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada laporan kecurian haiwan ternakan direkodkan di Selangor menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemerhatian pihaknya mendapati keadaan ketika ini masih dalam keadaan terkawal.

“Alhamdulillah, tiada kes kecurian ternakan (musim Aidiladha) dilaporkan di Selangor.

Namun, kita menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada menjelang musim perayaan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Kempen Memerangi Keganasan Rumah Tangga Polis Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk Selangor yang pulang beraya di kampung supaya mengisi borang balik kampung di kawasan masing-masing.

“Sama seperti musim perayaan lain, polis mempunyai platform dan sistem khas bagi merekodkan laporan itu. Langkah itu perlu dilakukan bagi memudahkan anggota kita melakukan rondaan dan kawalan di kawasan yang dilaporkan,” ujarnya.

Tambah Hussein, orang ramai turut dinasihatkan supaya memandu secara berhemah bagi mengelak kemalangan jalan raya terutama melibatkan kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya