Terpulang DAP hendak mohon maaf atau tidak - Pemuda UMNO

Terpulang DAP hendak mohon maaf atau tidak – Pemuda UMNO

Dr. MUHAMAD Akmal Saleh semasa sidang akhbar  di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO tidak memaksa DAP memohon maaf terhadap UMNO dan terserah kepada mereka untuk berbuat demikian.

Ketua Pemudanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, namun desakan memohon maaf itu tidak bermakna hubungan pihaknya dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk DAP terjejas manakala gerakan kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tetap berjalan seperti biasa.

Katanya, beliau menyampaikan desakan itu bukan hanya datang daripada sayap Pemuda, sebaliknya ia lahir daripada suara akar umbi UMNO daripada seluruh negara yang mahu DAP memohon maaf kepada parti.

“Kita tidak boleh paksa orang minta maaf. Saya hanya menyatakan hasrat umbi kerana cara terbaik DAP minta maaf untuk merendahkan suhu dan keresahan adalah minta maaf. Jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh, mengapa tidak dengan UMNO.

“Namun (desakan maaf) ini tidak bermakna hubungan Pemuda PH terjejas malah adalah sangat baik khususnya selepas Konvensyen Parti Kerajaan Perpaduan. Saya baru sahaja mesej dengan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii untuk berbincang gerak kerja hadapi PRN.

“Cuma kita Pemuda bawa suara akar umbi. Kita tidak boleh sembunyikan isu, jadi Pemuda kena berani barulah boleh beri kepercayaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr. Muhamad Akmal ketika menyampaikan ucapan dasar ketua sayap itu kelmarin menggesa DAP memohon maaf kepada ahli UMNO atas tohmahan yang mereka sampaikan kepada parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataan balas sebaliknya meminta Pemuda UMNO berhenti mengungkit kisah lalu dan fokus untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

Ketika ditanya sama ada UMNO pula perlu meminta maaf kepada DAP, Dr. Muhamad Akmal berkata. perlu ada alasan kukuh untuk UMNO berbuat demikian meskipun menyifatkan perkara itu sangat baik.

Beliau sekali lagi menegaskan Pemuda tidak sesekali menarik desakan meminta maaf dan perkara itu adalah muktamad.

Berhubung dakwaan wujud pergeseran Pemuda dengan Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran desakan itu, beliau menafikan perkara itu berlaku dan tiada boikot seperti didakwa sesetengah pihak.

“Terima kasih kepada pujian bekas pemimpin UMNO. Ini bermaksud mereka sayangkan UMNO dan masih ada harapan untuk mengalukan kehadiran mereka,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengalukan jika mereka mahu berminat untuk kembali membantu parti apatah lagi jasa-jasa besar masing-masing tidak perlu dinafikan oleh sesetengah pihak.

Semalam, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kelantangan Dr Muhamad Akmal yang mendesak DAP memohon maaf kepada UMNO kerana tohmahan dan cacian sebelum membentuk Kerajaan Perpaduan boleh mengembalikan parti itu ke landasan yang betul. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.