Terpulang DAP hendak minta maaf atau tidak?

Terpulang DAP hendak minta maaf atau tidak?

DR. MUHAMAD Akmal Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO tidak memaksa DAP memohon maaf kepada parti itu dan terserah kepada mereka untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

Ketua Pemudanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, desakan memohon maaf itu tidak bermakna hubungan pihaknya dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk DAP terjejas kerana gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tetap berjalan seperti biasa.

“Kita tidak boleh paksa orang meminta maaf. Saya hanya menyatakan hasrat umbi kerana cara terbaik DAP minta maaf untuk merendahkan suhu dan keresahan adalah minta maaf. Jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh, mengapa tidak dengan UMNO,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Kelmarin ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan sayap itu, beliau menggesa DAP memohon maaf kepada ahli UMNO atas tohmahan yang mereka sampaikan kepada parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataan balas sebaliknya meminta Pemuda UMNO berhenti mengungkit kisah lalu dan fokus untuk memperkukuh kerajaan perpaduan.

Ditanya sama ada UMNO pula perlu meminta maaf kepada DAP, Dr. Muhamad Akmal berkata, perlu ada alasan kukuh untuk UMNO berbuat demikian meskipun menyifatkan perkara itu sangat baik.

Beliau sekali lagi menegaskan Pemuda tidak sesekali menarik desakan meminta maaf dan perkara itu adalah muktamad.

Berhubung dakwaan wujud pergeseran Pemuda dengan Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran desakan itu, beliau menafikan perkara tersebut berlaku dan tiada boikot seperti didakwa sesetengah pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN