HULU TERENGGANU: Kira-kira 20 penduduk dari perkampungan Orang Asli di Sungai Berua di sini berpindah sementara ke dalam hutan berikutan keadaan cuaca yang panas sejak tiga bulan lalu. Penduduk Orang Asli suku Semaq Beri membawa anggota keluarga dan haiwan peliharaan berpindah di dalam hutan berdekatan Tasik Kenyir di sini kerana suasana lebih sejuk dan selesa. Seorang penduduk, Hitam Keladi, 60, berkata, selain dapat mencari hasil hutan seperti rotan, akar kayu…