Suspek dera bayi ada 13 rekod jenayah - Utusan Malaysia

Suspek dera bayi ada 13 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rak­yat (PPR) Desa Rejang, Setapak di sini dipercayai mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 31 tahun itu mempunyai lapan rekod kes jenayah dan lima kes dadah.

Jelasnya, polis turut menjalankan ujian sari­ngan air kencing dan didapati positif dadah.

“Kita mendapatkan perintah reman tujuh hari sehingga 15 Jun ini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 25 Akta Pendaftaran Negara apabila didapati memegang kad pengenalan milik orang lain,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang juga penggangur telah berkenalan dan tinggal bersama ibu mangsa sejak dua bulan lalu.

Jelasnya, kejadian dera itu dipercayai berlaku disebabkan bayi itu aktif sehingga suspek bertindak demikian.

“Semuanya masih dalam siasatan,” jelasnya.

Kelmarin Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden D. Saralathan berkata, suspek terbabit ditahan di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul.

Beliau dilaporkan ber­kata, berdasarkan maklumat, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai memukul mangsa kerana dikatakan bising.

“Dia didakwa memukul hingga mangsa bengkak pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN