KUALA TERENGGANU: Seramai 111 orang menerima kurniaan darjah kebesaran dan pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ke-61, semalam. Sultan Mizan berkenan menyampaikan darjah kebesaran dan pingat tersebut pada majlis istiadat penganugerahan yang berlangsung di Istana Syarqiyyah di sini. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Mendahului senarai penerima darjah kebesaran tersebut ialah Pengarah Tanah…