Suasana politik negara terbuka, matang - Mohamed Khaled

Suasana politik negara terbuka, matang – Mohamed Khaled

MOHAMAD KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan suasana politik dalam negara kini lebih ‘terbuka’ dan semua pihak boleh mengambil kritikan sebagai nasihat membina.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata, beliau enggan masuk campur dalam isu membabitkan seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dilihat sering mengkritik Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Kata beliau, ia merupakan isu antara Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Ahli Parlimen Pandan itu sahaja, jadi tidak perlu untuk dirinya masuk campur.

“Saya ingat suasana politik yang ada dalam negara kita adalah lebih kepada keterbukaan. Saya percaya semua sama ada pengkritik atau mendengar, dia mengamalkan sikap terbuka serta matang.

“Itu antara mereka berdua, nanti saya masuk dah jadi bertiga sudah jadi kacau bilau jadi takpalah. Tapi saya percaya niatnya semua baik yang memberi (kritik) mungkin baik yang sambut (dikritik) lebih baik,” katanya semasa sidang media selepas majlis perasmian penutupan Jom Masuk U di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Pada 31 Mei lalu, Mohd. Puad mempersoal kebolehan Rafizi Ramli dalam mengawal keadaan ekonomi negara dan sekurang-kurangnya ada satu polisi baharu ‘ekonomi rakyat’. 

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa-biasa, mesti luar biasa,” soal Mohd. Puad menerusi satu hantaran di Facebook. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ringgit terus jatuh dan mencecah paras RM4.6 berbanding USD iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Mata wang tempatan didagangkan pada 4.6090/6130 berbanding USD sejak penutupan Rabu minggu lalu pada 4.5920/5950, ringgit terus susut nilai apabila ditutup pada 4.6105/6240.

Bagaimanapun, Rafizi mengingatkan pemimpin UMNO seperti Mohd. Puad supaya mengelakkan diri daripada membuat ulasan yang akan menolak penyokong Pakatan Harapan (PH).

Katanya, UMNO kini sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dengan PH dan mereka juga akan bergantung kepada undi penyokong gabungan itu pada pilihan raya negeri akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya