MELAKA: “Saya berpuasa sunat sepanjang anak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya anak dilimpahi kejayaan dan keberkatan”. Itu antara usaha seorang ibu, Aishah Kamis, 55, untuk memastikan anaknya, Farishah Nabihah Yahaya, 18, memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2022. Katanya, tiada apa lagi yang boleh dilakukannya selain memberi galakan, dorongan dan motivasi agar anak tunggalnya itu terus berusaha melakukan yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga. “Alhamdulillah, saya sangat terharu apabila…










