SK Hendrop tak mampu tampung pertambahan murid Orang Asli

SK Hendrop tak mampu tampung pertambahan murid Orang Asli

MOHD. Syahbuddin Hashim bertemu murid-murid asrama SK Hendrop di Pos Hendrop, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Hendrop di sini sudah tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan bilangan murid Orang Asli saban tahun.

Situasi itu dilihat memberi keresahan kepada masyarakat berkenaan bagi memastikan generasi mereka tidak terus ke­tinggalan dalam pelajaran.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sekolah yang me­nempatkan 285 murid juga dikategori sebagai sekolah daif kerana struktur bangunan yang menempatkan kelas dan asrama terlalu dekat dan persekitaran yang sempit.

Penghulu Kampung Hanir, Pos Tuel, Razak Rongging berkata, kebanyakan murid tinggal di asrama SK Hendrop kerana bukan semua ibu bapa ada ken­deraan sendiri untuk menghantar anak ke sekolah setiap hari.

“Oleh itu, anak-anak kami memerlukan persekitaran yang lebih selesa untuk mereka me­nuntut ilmu sebagaimana pelajar di kawasan bandar.

“Setiap tahun berlaku pertambahan murid kerana sudah ramai masyarakat orang asli yang menyedari kepentingan pendidikan untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau sudah memanjangkan permohonan sebuah sekolah baharu kepada pihak Kementerian Pendidikan menerusi Pejabat Pendidikan Daerah.

Katanya, pada masa sama Pejabat Tanah jajahan Lojing sudah menyediakan tapak untuk pembinaan sekolah baharu terbabit.

“Kini kita hanya menunggu perundingan pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Perdana Menteri sering menekan soal sekolah daif, jadi bagi saya SK Hendrop ini sudah tersenarai sebagai salah sebuah sekolah daif yang tidak lagi mampu menampung bilangan pelajar yang banyak selain kawasan sekolah yang kecil atau sempit.

“Jadi baru-baru ini semasa pertemuan dengan setiausaha politik Menteri Pendidikan, ­Fad­h­­­lina Sidek saya telah memaklumkan dan menjemput Menteri untuk turun melihat sendiri keadaan SK,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya