Shuib, Watie nikah 23 Jun ini - Utusan Malaysia

Shuib, Watie nikah 23 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dengan suri hati pilihan yang juga usahawan, Watie Hanifiah menerima tajaan lebih RM1 juta sempena majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan pada 23 Jun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Shuib dalam sidang akhbar yang diadakan di Astro Bukit Jalil, semalam.

“Nilai tersebut merangkumi set barang kemas tajaan Siti Jewels selain busana dan lokasi perkahwinan yang ditaja pihak lain.

“Majlis tersebut akan berjalan sederhana. Cuma saya mahukan pelamin pada majlis akad nikah itu nanti agar keluarga kedua belah pihak dapat merakamkan gambar bersama,” katanya.

Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 38, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya