Shafik ambil inisiatif sediakan rawatan bekam dari rumah ke rumah - Utusan Malaysia

Shafik ambil inisiatif sediakan rawatan bekam dari rumah ke rumah

MOHAMMAD Shafik Ahmad Zuki menyediakan rawatan bekam untuk pelanggannya di Arau, Perlis. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menyedari kekura­ngan pusat-pusat rawatan be­kam di negeri ini, mendorong seorang pemuda mengambil inisiatif menyediakan perkhid­matan bekam bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan rawatan berkenaan.

Mohammad Shafik Ahmad Zuki, 33, menyediakan perkhidmatan rawatan bekam bergerak dari rumah ke rumah mengikut janji temu itu sejak dua tahun lalu.

Pada masa ini, bapa kepada dua orang anak itu melakukan rawatan berkenaan secara separuh masa pada sebelah petang sehingga malam memandangkan dia bekerja pada siang sebagai sub kontraktor telekomunikasi.

Katanya, pelanggan yang menggunakan khidmat bekam tersebut kebanyakan dari nege­ri ini dan sekitar Kedah dengan harga yang dikenakan RM50 membabitkan pakej 11 cawan.

“Rawatan yang menggunakan jarum lancet untuk susukan itu tidak sakit. Mengikut sunnah rawatan atau susukan itu adalah di bahagian belakang, leher, atas kepala dan kaki. Satu cawan se­rendah RM5 sahaja.

“Anggaran rawatan adalah sekitar 40 minit bagi satu sesi dan kita memberikan perkhidmatan bekam itu dengan dua kali susukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Mohammad Shafik, dia memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan de­ngan pada hari minggu dia me­lakukan rawatan dari pagi hingga malam.

Katanya, secara asasnya ra­watan bekam adalah untuk kesihatan.

“Pada masa ini, kesedaran rawatan itu semakin tinggi namun di sini sukar untuk mencari pusat-pusat rawatan bekam ini. Jadi, saya mengambil inisiatif memberi perkhidmatan tersebut secara bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan pelanggan,” katanya.

“Mereka yang ingin mendapatkan rawatan atau janji temum boleh menghubungi saya di talian 014-6874016 dan saya akan pergi memberi rawatan tersebut di rumah.

“Perancangan pada masa depan, saya bercadang membuka sebuah pusat rawatan bekam sendiri untuk kemudahan orang ramai mendapatkan rawatan itu,” katanya.

Katanya, selain bekam, dia juga melakukan rawatan ruqyah syariah berlandaskan al-Quran dan hadis sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya