PETALING JAYA: Ambil langkah bertanggungjawab pada hari ini bagi menyediakan persekitaran bebas asap rokok bagi anak-anak dan generasi akan datang. Perubahan hanya boleh dilihat sekiranya setiap individu mengambil inisiatif sendiri untuk berhenti merokok dan ingin membawa perubahan bagi generasi masa hadapan. Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, perubahan boleh dibawa dan ia bermula daripada keluarga sendiri. “Kebanyakkan anak-anak mula merokok…










