KUALA LUMPUR: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39 mendoakan agar bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana, 38, bertemu jodoh yang boleh membahagiakan dirinya. Kata Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, dia tetap berharap pelakon itu bertemu seorang lelaki yang boleh menjaga dirinya dengan baik. “Saya doakan dia jumpa kebahagiaan. Saya juga mahu dia mendapat seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya. Jika anak-anak saya ada…